Misi Selesai, Pasukan Pengaman China ke Congo Pulang ke Tanah Air

2021-10-04 15:40:01  CRI
Share with:

Kumpulan kedua Pasukan Pengaman China ke-24 ke Congo yang terdiri daripada 124 orang pegawai dan askar telah menyelesaikan misi masing-masing di Kinshasa, ibu negara Congo dan kembali ke tanah air, pada Ahad.

Dengan ketibaan kumpulan tersebut di Lapangan Terbang Zhongchuan, bandar Lanzhou, provinsi Gansu, ia sekali gus menandakan kesemua 218 orang pegawai dan askar Pasukan Pengaman China ke-24 berjaya menyelesaikan misi serta tugas yang diamanahkan PBB.

Pada misi kali ini, askar dan pegawai yang terbahagi kepada dua kumpulan tersebut iaitu pasukan pembinaan dan perubatan telah mengharungi pelbagai cabaran ekoran pergolakan situasi politik, kegiatan keganasan, penularan wabak serta keadaan yang mengerikan sejak dihantar ke sana pada September 2020.

Di samping itu, mereka turut menjalankan tugas pembaikpulihan jalan dan jambatan, pembinaan tapak perhentian helikopter serta penyelamatan perubatan dan kemanusiaan.

Selain menerima sanjungan tinggi dan hadiah daripada kerajaan tempatan, kesemua 218 individu tersebut turut  dianugerahi “Pingat Kedamaian” PBB.

Terdahulu pada 13 September,  kumpulan pertama Pasukan Pengaman China ke-24 yang terdiri daripada 94 orang askar telah selamat kembali ke China dan ketika ini difahamkan bahawa pasukan kedua pula akan menjalani kuarantin serta ujian calitan setelah mendarat.

张宪