Perdagangan Luar China Bertumbuh 15 Bulan

2021-10-05 14:29:14  CRI
Share with:

Jumlah perdagangan kargo China pada Januari hingga Ogos 2021 meningkat 23.7% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan menambah 22.8% berbanding tempoh yang sama 2019, dengan merekodkan RMB24.78 trilion (RM16.06 trilion).

Menurut Jabatan Pentadbiran Am Kastam, China telah menyaksikan pertumbuhan perdagangan luar untuk 15 bulan berturut-turut. Sejumlah model baharu perdagangan kelihatan muncul di beberapa banyak zon rintis, yang dilihat boleh membawa lebih banyak produk import ke dalam kehidupan khalayak ramai.

Dimaklumkan, jumlah zon rintis perdagangan bebas telah meningkat kepada 21 di seluruh negara, sedangkan 31 provinsi dan bandar sudah mempunyai zon bebas tarif yang komprehensif. Selain itu, zon kawal selia khas kendalian Kastam China telah menyaksikan import eksport bernilai RMB6.26 trilion (RM4.06 trilion) pada tahun 2020, naik 13.4% berbanding dengan 2019, iaitu 11.5% lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan perdagangan luar, sekali gus menyumbang 19.5% kepada import eksport keseluruhan di peringkat kebangsaan.

Berkat pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), perusahaan China boleh cepat meneroka pasaran antarabangsa. Jumlah import eksport dengan negara-negara yang terlibat dalam BRI melambung daripada RMB6.46 trilion (RM4.19 trilion) pada 2013 kepada RMB9.37 triion (RM6.07 trilion) pada 2020. Pada Januari hingga Ogos 2021, jumlah itu meningkat 24.6% berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan merekodkan RMB7.29 trilion (RM 4.72trilion).

高蕾