Temasya Beijing 2022 Kini Jalani Ujian Acara

2021-10-05 16:00:25  CRI
Share with:

Temasya Beijing 2022 Kini Jalani Ujian Acara_fororder_6ee960a929234370903a8d4b9430c03a_16x9

Persiapan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 kini memasuki fasa pertandingan ujian acara antarabangsa yang dijadualkan berlangsung hingga Disember depan.

Demikian maklum jawatankuasa penganjur temasya tersebut dalam satu sidang media di sini, pada Isnin.

Jelas jawatankuasa penganjur itu, ujian tersebut dijangka akan memberi asas kukuh untuk memastikan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing dapat diadakan dengan "mengikut jadual, selamat dan lancar".

Temasya Beijing 2022 Kini Jalani Ujian Acara_fororder_yy

Ketua Jabatan Pentadbiran Stadium, Yao Hui menekankan bahawa usaha pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 masih kompenen utama penganjuran pertandingan ujian kali ini.

Justeru katanya, pihak penganjur pelbagai zon pertandingan dan pasukan pengawal stadium akan terus meningkatkan pengawalan secara lebih teliti.

Menurut senarai agenda, sebanyak 10 pertandingan antarabangsa, tiga minggu latihan dan dua ujian domestik akan diadakan untuk menguji kesemua elemen di dalam zon pertandingan yang terletak di  Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou.

Pada ujian kali ini, antara acara yang akan berlangsung adalah perlumbaan terbuka China acara luncur ais, kurling, kurling berkerusi roda, hoki ais dan ski bebas.

Difahamkan, mulai 3 November, pertandingan piala dunia dan minggu latihan antarabangsa skeleton akan diadakan di Pusat Skeleton Negara, manakala Pusat Sukan Wukesong dan Gimnasium Negara pula akan menyaksikan berlangsungnya aktiviti ujian domestik hoki ais.

Taman Ski Genting Chongli yang terletak di Zhangjiakou pula akan menjadi tumpuan kepada ujian pertandingan ski bebas dan papan luncur oleh Persatuan Ski Antarabangsa (FIS).

Ia  kemudiannya akan disusuli dengan Piala Dunia acara lompat ski FIS dan Piala Antara Benua Biathlon Nordik serta minggu latihan antarabangsa dua acara musim sejuk.

曹捷