AS, 'Tukang Karut' dalam Isu Taiwan

2021-10-05 15:29:00  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying menyatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian wilayah China, dan Amerika Syarikat (AS) tak payahlah menjadi 'tukang katut' dalam isu tersebut.

Ketika mengulas ucapan jurucakap Jabatan Negara AS yang menggesa China menghentikan tekanan dan ancaman terhadap Taiwan, Hua dalam sidang media semalam berkata bahawa ucapan pihak AS berkenaan jelaslah melanggar prinsip 'satu China' dan tiga 'Pengumuman Bersama China-AS',  dan mengeluarkan isyarat yang salah dan tidak bertanggungjawab kepada luar.

Hua menyatakan bahawa China akan mengambil sebarang tindakan yang diperlukan untuk menghancurkan segala cubaan untuk mewujudkan 'kemerdekaan Taiwan'.

AS digesa membetulkan kesalahannya, bersungguh-sungguh menangani isu Taiwan dengan berhati-hati, dan mengambil tindakan yang kondusif untuk memelihara tetapi bukannya menjejaskan keamanan Selat Taiwan.   

曹捷