Wakil China Perkenalkan 'Saranan Pembangunan Sejagat'

2021-10-05 14:34:12  CRI
Share with:

Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu memperkenalkan “saranan pembangunan sejagat” dan menyeru pelbagai pihak membina komuniti berkongsi nasib pembangunan sejagat semasa menyampaikan ucapan dalam sesi ke-48 Majlis Hak Asasi Manusia pada 4 Oktober.

Chen menyatakan bahawa kami menyeru pelbagai negara agar kekal mengutamakan pembangunan yang berpaksikan rakyat, mengambil tindakan yang kondusif,  meletakkan inovasi pada kedudukan enjin sepanjang pembangunan, dan mengekalkan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar. Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan secara maya dalam sesi debat umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-76 telah mengemukakan saranan mengenai pembangunan sejagat, menyeru masyarakat antarabangsa mempercepat pelaksanaan Agenda Pembangunan Mapan 2030, dan mendorong pembangunan sejagat berkembang ke arah yang lebih kuat, hijau dan sihat bagi membentuk perkongsian pembangunan global. China bersedia bersama-sama dengan negara lain mendorong pelaksanaan saranan ini agar menyumbang kepada pembangunan masyarakat antarabangsa demi kesejahteraan rakyat pelbagai negara.

Serentak itu, Chen menyatakan bahawa ancaman keselamatan konvensional dan bukan konvensional perlu ditangani dan punca krisis perlu dihapuskan berdasarkan penyelarasan pelbagai pihak, supaya semua orang dapat menikmati hak asasi manusia dalam dunia yang kekal damai dan aman.  

曹捷