China Sokong Pelakon Taiwan Yang Sajikan Persembahan Hari Kebangsaan

2021-10-05 15:27:37  CRI
Share with:

Gala persembahan “Impian China·Sanjung Tanah Air : Sambutan Hari Kebangsaan 2021” arahan China Media Group (CMG) telah ditayangkan pada malam 1 Oktober lalu, dan mendapat sambutan baik dari dalam dan luar negara. Sejumlah pelakon dan penyanyi dari Hong Kong, Macau dan Taiwan yang terlibat dalam temasya tersebut telah menyajikan persembahan yang menarik. Namun penglibatan mereka mendapat kutukan dan ancaman daripada badan media kendalian Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan.

Mengenai isu tersebut, jurucakap Pusat Program Kesenian dan Kebudayaan CMG menyatakan bahawa, pelakon dan penyanyi Taiwan yang mengembangkan kerjayanya di Tanah Besar mendapat sambutan baik dari para penonton setiap kali menyertai aktiviti kesenian anjuran CMG. Tetapi, badan media  'hijau' (media kendalian DPP) yang membuta terhadap fakta memilih melontarkan ancaman dan kutukan kepada mereka. Perbuatan seumpama itu pasti akan mengundang bantahan kami.

CMG menegaskan bahawa kami teguh menyokong dan mengalu-alukan pelakon dan penyanyi Taiwan melibatkan diri dalam penghasilan program di Tanah Besar dan menghidangkan persembahan bersama-sama dengan artis dari Tanah Besar.

曹捷