Yang Jiechi Akan Bertemu Penolong Presiden AS

2021-10-06 13:28:37  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pagi tadi memaklumkan bahawa menurut kata sepakat yang tercapai antara pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) pada 10 September lalu menerusi telefon, dan hasil perbincangan kedua-dua pihak, anggota Jabatan Politik Pusat Parti Komunis China yang juga Ketua Pengarah Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Pusat, Yang Jiechi akan mengadakan pertemuan dengan Penolong Presiden AS bagi Hal Ehwal Keselamatan Wilayah, Jake Sullivan di Zurich, Switzerland untuk bertukar-tukar pandangan tentang hubungan China-AS serta isu-isu yang berkenaan.

张宪