China Semakin Hijau, Kadar Liputan Hutan Kini 22.96 Peratus

2021-10-06 14:35:13  CRI
Share with:

China Semakin Hijau, Kadar Liputan Hutan Kini 22.96 Peratus_fororder_76df250a412c49179fc5a2ed17df437c_16x9

Agensi berita BBC dalam satu rencananya pada tahun lalu bertarikh 28 Oktober melaporkan bahawa sumbangan China dalam penggunaan karbon hutan dunia telah dipandang rendah.

Menurut laporan yang kemudiannya diterbitkan dalam jurnal akademik antarabangsa iaitu Nature, ekosistem darat China menyerap kira-kira 1.11 bilion tan karbon secara purata setiap tahun untuk tempoh dari 2010 hingga 2016, sekali gus menyerap 45 peratus pelepasan karbon antropogenik.

Pada tahun 2019, NASA juga telah mengeluarkan data yang mengatakan bahawa berbanding dengan 20 tahun yang lalu, dunia menjadi semakin hijau, manakala China pula antara penyumbang penting bagi menggalakkan perubahan itu.

Data pengawasan satelit menunjukkan bahawa penambahan liputan tumbuh-tumbuhan China telah meliputi sekurang-kurangnya 25 peratus jumlah penambahan tumbuh-tumbuhan sejagat dalam tempoh 17 tahun lalu.

Untuk rekod,  sebelum tahun 1949, kadar liputan hutan di China hanya mencatat 8.6 peratus dan selepas Republik Rakyat China ditubuhkan pula, kadar 12 peratus dapat dikekalkan selama 30 tahun.

Manakala dalam tempoh 40 tahun sejak tahun 1980an, kadar liputan hutan telah meningkat daripada 12.98 peratus kepada 22.96 peratus pada tahun 2020, yang secara tidak langsung menjadikan China sebagai kawasan dengan pertambahan hutan terpantas di dunia.

曹捷