Iran Seru AS dan Eropah Batalkan Sekatan terhadapnya

2021-10-06 14:49:51  CRI
Share with:

Menteri Petroleum Iran, Javad Owji baru-baru ini menyeru Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah membatalkan sekatan terhadap negaranya untuk menyelesaikan krisis sumber tenaga sejagat.

Selepas menghadiri mesyuarat peringkat menteri ke-21 Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara pengeluar petroleum bukan anggota OPEC pada 4 Okotber lalu, Owji menyatakan bahawa AS dan sejumlah negara Eropah menghalang pengeksportan petroleum dari Iran untuk tempoh bertahun-tahun. Tindakan sepihak ini bukan sahaja merugikan Iran tetapi juga rakyat negara-negara tersebut.

曹捷