China, Perintis Agenda Persekitaran Global

2021-10-06 12:32:43  CRI
Share with:

China adalah perintis utama untuk agenda persekitaran global dan berperanan penting dalam usaha menangani perubahan iklim, mengelak pencemaran serta memelihara kepelbagaian biologi.

Demikian dinyatakan Pengarah Jabatan Asia Pasifik Program Persekitaran Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP), Dechen Tsering baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan China untuk memastikan kejayaan susulan perhimpunan ke-15 Persidangan Pihak Pemeterai (COP-15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) di Kunming.

Dalam pada itu, Tsering turut menzahirkan penghargaan terhadap konsep ekologi China yang menyenaraikan peradaban ekologi dalam dasar pembangunan negara dan perlembagaan.

Jelasnya, tindakan tersebut sekali gus menjadi penanda aras dan contoh bagi penyusunan strategi global.

"China mencapai kemajuan yang signifikan dalam usaha membanteras kemiskinan, mengurangkan pencemaran, mencegah dan mengawal kehakisan tanah, menanam pokok, menggubal perundangan persekitaran, serta memupuk kesedaran dan pendidikan persekitaran," ujar Tsering lagi.

Selain itu, beliau turut mengagumi usaha China memelihara kepelbagaian biologi yang boleh dilihat menerusi pelaksanaan pemeliharaan dan pemulihan ekologinya apabila keadaan hidupan spesies terancam kini bertambah baik, serta terdapatnya peningkatan jumlah antelop Tibet, harimau Siberian, gajah Asia dan sekendi berjambul.

Tambah Tsering, bahawa langkah China dalam melindungi hutan dan tanah paya serta menyekat perikanan di aliran sungai Yangtze telah menggalakkan pemulihan spesies terancam.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memuji kerjasama antara China dan negara-negara Afrika dalam isu perlindungan persekitaran dan pemeliharaan kepelbagaian biologi.

"Sebagai contoh, sejak 2011, China telah menandatangani 14 perjanjian perubahan iklim dengan 13 buah negara Afrika.

"Pada masa sama, China turut menderma peralatan janakuasa fotovoltaik tenaga suria untuk membantu Afrika menangani perubahan iklim," ujar Tsering.

高蕾