Syarikat China Dapat Kontrak Penghantaran Elektrik Mesir-Arab Saudi

2021-10-07 14:38:30  CRI
Share with:

Satu konglomerat yang terdiri daripada Syarikat Kejuruteraan Tenaga China (CEEC), Kumpulan XD China dan Syarikat Industri Kabel Giza Mesir telah berjaya menandatangani program talian penghantaran arus terus voltan ultra tinggi EPC±500 KV Mesir-Arab Saudi.

Pengurus Besar Pejabat CEEC di Mesir, Yao Gang menyatakan, program tersebut melibatkan penghantaran arus terus elektrik yang peringkatnya paling tinggi, dan jarak penghantarannya yang paling panjang di rantau Asia Barat dan Afrika Utara, iaitu mencatat 335 km.

Program yang bermakna penting tersebut dijangka boleh membantu membaiki struktur sistem tenaga elektrik, menyediakan peluang pekerjaan, dan mendorong pembangunan sosioekonomi di negara Mesir.

张宪