Mesir, Palestin Bincangkan Isu Kedamaian dengan Israel

2021-10-07 14:52:45  CRI
Share with:

Presiden Mesir Abdelfattah al Sisi telah menghubungi rakan sejawatnya dari Palestin, Mahmoud Abbas menerusi telefon untuk bertukar-tukar pendapat mengenai kemajuan terkini proses damai Palestin-Israel.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden semalam, Mesir akan terus berusaha membantu melindungi hak dan kepentingan rakyat Palestin, memulihkan proses damai Palestin-Israel, dan menggalakkan kestabilan dan keamanan serantau. Kedua-dua pihak bersepakat mengadakan mesyuarat dan penyelarasan bilateral mengenai isu yang menjadi perhatian bersama pada masa depan.

Sebelum ini, Hamas telah mengadakan mesyuarat dengan Ketua Jabatan Perisikan Mesir. Kedua-dua pihak telah menbincangkan isu-isu seperti perkembangan politik, hubungan bilateral dan penyatuan Palestin, penyusunan semula urusan dalaman Palestin serta langkah politik Israel terhadap wilayah milik Palestin yang dirujuk kepada Baitulmuqaddis Timur.

高蕾