Carrie Lam: “Satu Negara Dua Sistem” Harus Disempurnakan di Hong Kong

2021-10-07 15:36:14  CRI
Share with:

Carrie Lam: “Satu Negara Dua Sistem” Harus Disempurnakan di Hong Kong_fororder_407392034

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor ketika membaca laporan pentadbiran kelima dalam tempoh perkhidmatannya menyatakan, kerajaan pusat China telah mengambil langkah yang tegas untuk menghapuskan krisis yang dihadapi Hong Kong dan memastikan pelaksanaan prinsip “satu negara dua sistem” kembali ke landasan yang betul. Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong semestinya terus memberikan sumbangan dalam menyempurnakan pelaksanaan dasar “satu negara dua sistem” supaya pelaksanaan dasar itu dikekalkan dengan stabil.

Carrie Lam menyatakan bahawa kerajaan Hong Kong masih perlu menjalankan banyak tugas untuk menunaikan kewajipannya dalam menjamin keselamatan negara dengan menyeluruh.

Tambah beliau, pilihan raya umum subsektor Jawatankuasa Pemilihan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) telah diadakan dengan lancar.   

Memandangkan wabak COVID-19 yang tetap berleluasa, kerajaan Hong Kong sedang mempertimbangkan kaedah pengundian untuk penduduk Hong Kong yang berada di Tanah Besar sempena pemilihan Majlis Legislatif pada bulan Disember.

曹捷