AS Harap Kurangkan Pergeseran dengan China

2021-10-08 11:27:06  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) berharap mengurangkan pergeseran dengan China dan memperkasakan kerjasama dalam sesetengah bidang menerusi dialog konstruktif, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price kepada pemberita pada Khamis.

Menurut jurucakap itu, terdapat multidimensi dan ketidaktentuan dalam hubungan antara AS dengan China, yang merangkumi persaingan, perlawanan dan kerjasama.

Beliau juga menegaskan peri pentingnya kerjasama kedua-dua negara dalam menangani perubahan iklim.

Katanya, selaku dua negara yang jumlah pelepasan gas rumah hijau paling besar di dunia, tindakan bertanggungjawab AS dan China bagi menangani krisis perubahan iklim akan turut memberi galakan kepada negara-negara lain untuk berbuat sama.

张哲