China, Jepun Komited Bentuk Hubungan Selaras Era Baharu

2021-10-08 19:28:11  CRI
Share with:

China bersedia memperkasakan dialog dan kerjasama dengan Jepun bagi membentuk hubungan bilateral yang selaras dengan era baharu.

Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping dalam perbualan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida menerusi telefon hari ini.

Xi berkata, kedua-dua negara perlu menangani isu sensitif dan percanggahan dengan baik bagi memelihara asas politik kepada hubungan dua hala.

Beliau juga menyarankan supaya kedua-dua pihak mengintensifkan interaksi dalam pentadbiran negara dan penyelarasan dasar ekonomi, di samping memelihara iklim perdagangan dan pelaburan yang adil dan terbuka.

Tambah beliau, China dan Jepun perlu mengamalkan multilateralisme sebenar, menggalakkan kerjasama serantau, dan menyepadukan usaha bagi merungkai cabaran global, serta menjaga keamanan, kestabilan dan pembangunan dunia.

Kishida pula berkata, dengan mengambil iktibar daripada sejarah dan peluang sempena ulang tahun ke-50 pemulihan hubungan dua hala pada tahun depan, Jepun berhasrat membentuk hubungan yang lebih mampan dan konstruktif dengan China sejajar tuntutan era baharu.

Beliau turut menzahirkan kesediaan pihaknya untuk memperkukuh kerjasama ekonomi dengan China dan interaksi dalam kalangan rakyat, di samping merapatkan kolaborasi dalam usaha melawan wabak COVID-19 dan menangani perubahan iklim.

张哲