Minggu Latihan Antarabangsa acara Bobsleigh secara rasminya dimulakan pada Khamis di Pusat Gelongsor Nasional (National Sliding Center) yang terletak di zon pertandingan Yanqing, iaitu venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.
Atlet dari 24 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Rusia buat pertama kalinya menggunakan trek pertandingan bagi acara Bobsleigh dan Luge yang pertama dibina di China.
Menurut jadual, gelanggang tersebut akan menjadi venue kepada lima acara ujian mulai 5 Oktober hingga 22 November, selain venue untuk Minggu Latihan Antarabangsa dan Piala Dunia Luge serta Bobsleigh dan Skeleton Time Trial.
Pusat Gelongsor Nasional atau gelarannya "Naga Salji" merupakan trek pertandingan acara Bobsleigh dan Luge yang ke-17 di dunia, yang ke-3 di Asia, dan yang pertama di China.
Trek yang panjangnya berukuran 1,975 meter dengan penurunan menegak 121 meter tersebut turut mempunyai 16 sudut dan cerun yang berbeza, termasuk bulatan 360 darjah yang sangat jarang ditemui.