Kehidupan Bahagia, Jawapan Terbaik Keadaan Hak Asasi

2021-10-08 14:48:46  CRI
Share with:

Kehidupan bahagia yang dikecapi rakyat serta senyuman terukir di wajah mereka adalah jawapan terbaik kepada keadaan hak asasi di China.

Demikian dinyatakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun dalam perdebatan umum sesi ke-76 Perhimpunan Agung PBB pada Khamis.

Zhang berkata, sokongan rakyat merupakan sumber keyakinan terbesar bagi China untuk menempuh jalan pembangunan hak asasi manusia yang bercirikan sendiri.

Menurutnya, China berjaya membasmi kemiskinan mutlak dan mencapai matlamat seumpama digariskan Agenda Pembangunan Mampan 2030 sepuluh tahun lebih awal.

Dengan berpegang pada prinsip rakyat diutamakan, China berjaya mengawal pemerebakan pandemik COVID-19 dengan berkesan.

Di samping itu, China membekalkan lebih 1.2 bilion dos vaksin COVID-19 atau vaksin dalam bentuk cecair kepada lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa, menduduki tempat pertama di dunia.

Menurut tinjauan Barat, kadar kepuasan rakyat China terhadap kerajaan melebihi 90 peratus.   

Zhang turut menegaskan, kemajuan negara ini tidak akan dihalang akibat gangguan dari luar.

China membantah kritikan tidak berasas dari sesetengah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dalam isu hak asasi.

胡星