Rizab Pertukaran Mata Wang Asing China Catat USD3.2 Trilion

2021-10-08 15:27:35  CRI
Share with:

Data terkini dari Jabatan Pentadbiran Pertukaran Mata Wang Asing Negara (SAFE) mendedahkan, setakat penghujung bulan September lalu, rizab mata wang asing China mencatat USD3.2 trilion (RM13.4 trilion),  berkurangan USD31.5 bilion (RM132 bilion) berbanding penghujung Ogos lalu.

Naib Ketua Pengarah yang juga selaku jurucakap SAFE, Wang Chunying berkata, pasaran pertukaran mata wang asing di negara ini beroperasi lancar sedangkan perdagangan pertukaran mata wang asing pun berada dalam keadaan munasabah dan teratur pada September tahun ini. Walaupun ekonomi global menhadapi cabaran besar sepanjang proses pemulihan, pasaran kewangan antarabangsa pula menghadapi banyak unsur yang tidak menentu akibat penularan pandemik COVID-19, namun pertumbuhan ekonomi China dianggap baik dan konsisten untuk suatu jangka masa yang panjang, yang dilihat berfaedah bagi menjamin kestabilan skala rizab pertukaran mata wang asing di negara ini.

曹捷