China Terbitkan Kertas Putih Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi

2021-10-08 13:28:03  CRI
Share with:

Satu kertas putih mengenai Pemeliharaan Kepelbagaian Biologi diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Dewan Negara China, hari ini.

Memetik kertas putih tersebut, China menjunjung tinggi prinsip 'pemeliharaan dalam pembangunan' serta 'pembangunan dalam pemeliharaan', mengemukakan dan melaksanakan sistem taman kebangsaan dan garis merah perlindungan ekologi.

Menurut dokumen itu lagi, usaha seperti memperhebat pemeliharaan setempat dan konservasi ekologi, pemerkasaan kawalan keselamatan biologi, menambahbaik persekitaran ekologi, menyelaraskan perlindungan terhadap kepelbagaian biologi dengan pembangunan hijau sehingga berjaya mencapai hasil signifikan dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, China juga menyenaraikan perlindungan kepelbagaian biologi dalam strategi kebangsaan dan rancangan pembangunan daerah untuk jangka masa sederhana dan panjang, serta menyempurnakan sistem dasar dan peraturan.

Menyentuh mengenai cabaran global yang semakin kehilangan kepelbagaian biologi pula, China berpendirian bahawa pelbagai negara adalah komuniti berkongsi nasib.

Justeru, China tidak berganjak daripada amalan multilateralisme, mempergiat kerjasama antarabangsa, mengadakan perbincangan secara meluas, menjunjung tinggi persepakatan, serta menyumbang cadangan yang bercirikan China dalam usaha memelihara kepelbagaian biologi sejagat dan membentuk komuniti yang bersimbiosis antara manusia dan alam.

高蕾