Perunding China, AS Bual Melalui Panggilan Video

2021-10-09 15:24:36  CRI
Share with:

Naib Perdana Menteri yang juga ketua perunding perdagangan China, Liu He menghubungi Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Katherine Tai menerusi panggilan video pagi tadi.

Dua perunding itu sepakat memperhebat kerjasama ekonomi dan perdagangan yang dianggap penting sekali bagi kedua-dua negara dan dunia.

Sementara itu, kedua-dua pihak bersetuju menangani keprihatinan masing-masing menerusi rundingan.

Keadaan pelaksanaan perjanjian ekonomi dan perdagangan juga dibincangkan.

China turut menyuarakan pendirian mengenai model pembangunan ekonomi dan dasar perindustrian.

Kedua-dua pihak akan meneruskan komunikasi berasaskan prinsip sama rata dan saling hormat, hingga menyediakan syarat dan suasana kondusif untuk perkembangan sihat hubungan ekonomi dan perdagangan serta pemulihan ekonomi dunia.

高蕾