Pertemuan Maya Pemimpin China, AS Dibincang

2021-10-09 14:08:28  CRI
Share with:

China dan Amerika Syarikat (AS) telah bertukar-tukar pendapat secara menyeluruh, ikhlas dan mendalam tentang hubungan bilateral dan isu-isu antarabangsa semasa pertemuan antara anggota Biro Politik Jawantankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi dengan Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan di Zurich, Switzerland pada Rabu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media semalam.

Menurutnya, Yang Jiechi yang juga Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat PKC telah mengadakan perbincangan dengan Sullivan tentang pertemuan secara maya antara pemimpin kedua-dua negara menjelang penghujung tahun ini.

张哲