AS Digesa Jelaskan Insiden Kapal Selam Nuklear di Laut China Selatan

2021-10-09 12:23:39  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS)  digesa memberi penjelasan terhadap insiden kapal selam nuklearnya terlanggar objek yang tidak diketahui di Laut China Selatan baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media pada Jumaat.

Zhao berkata, penjelasan itu perlu melibatkan butiran terperinci termasuk lokasi kejadian, motif perkapalan, dan sama ada berlakunya kebocoran nuklear.

Beliau turut mengkritik perbuatan AS menyembunyikan fakta berhubung insiden tersebut sebagai tidak bertanggungjawab.

张哲