Xi Ucap Tahniah Ulang Tahun Kemerdekaan Fiji

2021-10-10 13:20:25  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada rakan sejawatnya dari Fiji, Jioji Konrote sempena ulang tahun ke-51 kemerdekaan republik itu.

Xi dalam perutusan tahniah itu berkata, hubungan China dan Fiji kini menyaksikan perkembangan yang baik, sementara interaksi dan kerjasama dalam pelbagai bidang membuahkan hasil memberangsangkan.

Persahabatan dalam kalangan rakyat juga diperkukuh apabila kedua-dua negara berganding bahu memerangi pandemik COVID-19.

Beliau turut menzahirkan hasrat untuk memperkasakan lagi perkongsian strategik komprehensif China-Fiji demi memberi limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

张哲