Usaha China Pulihara Biodiversiti Dapat Pujian

2021-10-10 15:57:34  CRI
Share with:

Usaha China Pulihara Biodiversiti Dapat Pujian_fororder_1633779165420_967_586x440

Sebagai salah satu negara yang paling awal menyertai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), China mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam usaha memulihara biodiversiti.

Demikian dinyatakan Setiausaha Eksekutif CBD, Elizabeth Maruma Mrema dalam sidang media pertama bagi sesi ke-15 Persidangan Pihak Pemeterai (COP-15) CBD yang bakal membuka tirai di Kunming, provinsi Yunnan China, esok.

“China telah membina 11,800 zon perlindungan alam semula jadi yang melebihi 170 juta hektar pada keseluruhannya, iaitu 18 peratus daripada keluasan darat negara itu.

“Di samping itu, China melaksanakan tempoh moratorium selama sepuluh tahun di Sungai Yangtze bagi memulihara biodiversiti akuatik,” kata beliau.

Mrema turut merakamkan ucapan terima kasih atas usaha China bagi menjayakan penganjuran COP-15 secara hibrid.

Beliau juga memberikan penghargaan kepada usaha memelihara biodiversiti dan kepelbagaian budaya yang dilakukan provinsi Yunnan, iaitu lokasi penganjuran persidangan kali ini.

"Walaupun keluasannya hanya 4.1 peratus daripada wilayah daratan China, namun Yunnan mempunyai 19,000 spesies tumbuh-tumbuhan daripada kesemua 30,000 di negara itu.

"Selain itu, Yunnan juga berbilang kaum dan mempunyai budaya yang pelbagai,” katanya.

张哲