Rundingan Taliban, AS Berakhir di Doha

2021-10-11 14:18:59  CRI
Share with:

Taliban Afghansitan dan wakil kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mengakhiri rundingan empat mata di Doha, ibu negara Qatar semalam.

Dalam rundingan selama dua hari itu, isu-isu yang dibincangkan termasuk hubungan dua hala, pelaksanaan “perjanjian damai” yang dicapai pada bulan Februari tahun lalu di Doha, AS mengakhiri sekatan ekonomi terhadap Afghansitan, pelepasan aset bank pusat Afghanistan yang dibekukan serta menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara itu.

Selepas rundingan itu berakhir, Taliban menyatakan bahawa rundingan itu diadakan dalam suasana 'aktif'. Pemangku Menteri Luar Taliban, Amir Khan Muttaqi memaklumkan, Taliban telah menyatakan dengan ketara kepada AS bahawa situasi politik Afghanistan yang tidak stabil tidak berfaedah bagi sebarang pihak. Namun, pegawai AS menyatakan bahawa berlangsungnya rundingan ini tidak menandakan AS mengiktiraf kesahan rejim Taliban.

Menurut laporan Al Jazeera, selepas rundingan itu berakhir, Taliban sudah pun memulakan dialog dengan pegawai Kesatuan Eropah. Selain itu, delegasi Taliban dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani juga telah mengadakan rundingan mengenai hubungan bilateral dan kerjasama ekonomi dan perdagangan.

曹捷