Langkah China Berkesan dalam Pemeliharaan Biodiversiti

2021-10-11 13:05:56  CRI
Share with:

China telah mengambil langkah yang berkesan dalam usaha memelihara biodiversiti, seperti rancangan pembiakan panda yang dipandang sebagai "praktik yang baik dan berjaya".

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam (IUCN), Bruno Oberle sempena Persidangan Ke-15 Pemeterai (COP-15) Konvensyen Biodiversiti (CBD) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bakal dirasmikan di Kunming hari ini.

Oberle memaklumkan, selain rancangan pembiakan panda, "pendekatan berdasarkan alam" yang dianjurkan pihaknya pula diiktiraf dan diperkenalkan secara meluas di China. Itu bermakna bahawa pakej penyelesaian bagi suatu kampung yang mengalami bencana banjir atau tanah runtuh, bukan sahaja hanya bergantung pada konkrit bertetulang untuk memperkukuh bangunan, tetapi juga boleh bersandar pada tanaman pokok yang berfungsi membentuk jalur perlindungan hijau yang boleh membantu kampung terbabit mengelakkan diri daripada dilanda bencana berkenaan. IUCN telah menjayakan amalan seumpama itu di China berdasarkan kerjasama dengan kerajaan.

Tambah beliau, China berperanan semakin penting dalam IUCN. Seramai 500 penyelidik dan sarjana yang bertugas dalam pelbagai jawatankuasa teknikal telah memberikan sumbangan kepada pengajian sains dan teknologi serta penganalisisan data dalam senario global.

高蕾