Kempen Kemasyarakatan Keselamatan Siber Negara 2021 Bermula

2021-10-11 17:39:23  CRI
Share with:

Kempen Kemasyarakatan Keselamatan Siber Negara 2021 Bermula_fororder_1633935101514_892_800x600

'Minggu Keselamatan Siber Negara Tahun 2021'  bermula hari ini dengan majlis perasmiannya diadakan di bandar Xi’an, provinsi Shaanxi. Dalam tempoh kempen kemasyarakatan yang bertemakan “keselamatan siber demi rakyat dan bergantung pada rakyat” ini, forum kemuncak teknologi keselamatan siber dan ekspo keselamatan siber akan menghimpunkan hampir seribu tetamu dari jabatan kerajaan, agensi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dan sektor korporat untuk membincangkan usaha memupuk bakat keselamatan siber, dan aplikasi teknologi baharu berdasarkan hasil inovasi.

Dimaklumkan lagi bahawa 'Minggu Keselamatan Siber Negara 2021' yang diadakan di seluruh negara pada 11 hingga 17 Oktober, menawarkan aktiviti hari bertema dalam enam bidang untuk menyebarkan pengetahuan mengenai keselamatan siber di seluruh masyarakat.

Kempen Kemasyarakatan Keselamatan Siber Negara 2021 Bermula_fororder_1633935113801_988_800x450

曹捷