Sarjana Asing Sanjung Ucapan Xi Mengenai Revolusi 1911

2021-10-11 13:53:13  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan dalam Majlis memperingati ulang tahun ke-110 Revolusi 1911 yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 9 Oktober lalu. Beberapa pakar dan sarjana asing ketika diwawancara oleh wartawan menganggap bahawa ucapan Presiden Xi signifikan kerana menghuraikan secara mendalam inspirasi sejarah yang dibawa Revolusi 1911 dan menekankan peri pentingnya bagi rakyat China berganding bahu memperjuangkan sasaran kebangkitan semula bangsa.

Pakar isu China yang juga penulis dari Jordan, Samir Ahmad berkata, ucapan Presiden Xi penuh bermakna. Fakta berkenaan membuktikan, China mencapai kejayaan dalam usaha merintis jalan pembangunan negara sosialis yang tersendiri, sekali gus membawa pengalaman yang penting kepada dunia.

Sarjana kanan Institut Pengajian Antarabangsa Singapura, Ei Sun Oh berpendapat bahawa di bawah pimpinan PKC, China sudah melepaskan diri dari belenggu kemiskinan mutlak dan berjaya mewujudkan masyarakat makmur sederhana dengan menyeluruh, sekarang bangsa China sedang mara mengikut landasan kebangkitan semula yang tidak boleh dibalikkan, dan pihaknya menanti-nantikan China terus mendorong usaha untuk mewujudkan kestabilan dan pembangunan serantau dan sejagat serta menggalakkan kemakmuran bersama umat manusia.

曹捷