Mudahkan Pelepasan Kastam untuk Atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk

2021-10-11 16:39:47  CRI
Share with:

Sebagai ujian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing, Kejohanan Luncur Ais Cepat China Terbuka telah berakhir di Gimnasium Luncur Ais Cepat Kebangsaan yang juga dikenal sebagai "Reben Ais" semalam. Sepanjang tempoh berlangsungnya temasya itu, Kastam Beijing telah meningkatkan kecekapan bagi memudahkan perkhidmatan pelapasan kastam untuk atlet dan tenaga kejohanan yang masuk dari luar wilayah.

Atlet dari Belanda Grevet mengakui dirinya berasa teruja sepanjang berlangsungnya kejohanan terbabit, baik pada saat setiba di Beijing, saat inap di hotel, mahupun pada saat berjalannya acara pertandingan, saat berada dalam venue pertandingan serta saat bergaulan dengan staf kejohanan yang profesional dan bertungkus-lumus.

Dimaklumkan, seramai 475 orang yang berturut-turut tiba di Beijing pada 3 hingga 9 Oktober untuk melibatkan diri dalam pertandingan ujian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, berpeluang menikmati perkhidmatan pelepasan kastam yang pantas.

高蕾