Xi Jinping: Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Makhluk Bumi

2021-10-12 15:44:07  CRI
Share with:

Xi Jinping: Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Makhluk Bumi_fororder_1127949320_16340246427881n

Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri Persidangan ke-15 Negara-negara Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang berlangsung secara hibrid di Yunnan pagi tadi telah menyampaikan ucaptama yang menegaskan bahawa manusia dan alam sepatutnya hidup secara harmoni.

Kata Xi, alam sekitar yang terpelihara boleh membalas manusia  dengan hasil yang melimpah, dan juga akan membelasah manusia apabila ia menderita rampasan yang biadab. Kita perlu memupuk rasa salih terhadap alam sekitar, dan memperjuangkan suasana harmoni antara manusia dengan alam berdasarkan prinsip menghormati serta memelihara alam dan bertindak selaras dengan perubahan alam.

Xi menekankan, kita perlu berganding bahu memulakan kemaraan baharu untuk menuju ke arah pembangunan berkualiti tinggi manusia demi masa depan bersama. Oleh itu, kita perlu berpandukan pembinaan tamadun ekologi menyelaraskan hubungan sesama manusia dengan alam. Sementara itu, transformasi hijau perlu ditingkatkan untuk memacu pembangunan berterusan global. Selain itu, keadilan masyarakat perlu didorong dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Pada waktu yang sama, sistem pentadbiran antarabangsa yang adil dan rasional perlu dilindungi berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Dalam ucapannya, Xi juga menunjukkan bahawa China telah mencapai hasil yang menonjol dalam pembinaan tamadun ekologi, dan sedang berusaha membina sistem tapak perlindungan alam yang mengutamakan pembinaan taman negara untuk mengintensifkan perlindungan kepelbagaian biologi.

Menurut Xi, China akan mengeluarkan pelan tindakan dan siri langkah sokongan tentang pencapaian kemuncak pelepasan karbon  dalam bidang dan sektor utama, membentuk sistem dasar yang melibatkan pencapaian kemuncak pelepasan karbon, neutral karbon dan '1+N'. Sementara itu, China juga akan terus mendorong pengubahsuaian struktur sumber tenaga dan industri supaya mengembangkan sumber tenaga kitar semula di samping mempergiatkan pelaksanaan projek pangkalan penjana elektrik dengan kuasa angin di padang pasir, gobi dan gurun.

Xi menyeru agar pelbagai pihak mengamalkan konsep tamadun ekologi dan memikul tanggungjawab terhadap generasi yang akan datang untuk membina komuniti berkongsi nasib sesame makhluk bumi serta dunia yang bersih lagi indah.

曹捷