COP15: Perwakilan Harap China Dapat Berkongsi Pengalaman

2021-10-12 13:55:16  CRI
Share with:

COP15: Perwakilan Harap China Dapat Berkongsi Pengalaman_fororder_1157178511

Lebih 4,000 perwakilan dari 140 buah negara menzahirkan harapan agar hala tuju dasar yang jelas dapat digariskan  untuk memantapkan usaha pemeliharaan kepelbagaian biologi.

Kesemua mereka menyatakan harapan tersebut ketika menyertai mesyuarat peringkat tinggi, sidang kemuncak dan sidang pleno peringkat menteri sempena Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang berlangsung secara hibrid di Yunnan, pagi tadi.

Di samping itu, para peserta juga berharap China dapat berkongsi pengalaman mengenai pemeliharaan kepelbagaian biologi.

Bagi Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Inger Andersen, matlamat sesi persidangan tersebut adalah untuk mencapai kesepakatan yang bermatlamat tinggi dan pada masa sama sangat jelas mengenai kerangka biodiversiti selepas tahun 2020.

"Ia termasuk seperti modal, sokongan teknikal dan cita-cita.

"Kami juga berharap dapat membuahkan hasil pencapaian penting pada tahun 2030 dan 2050," ujarnya lagi.

Sementara itu, Pegawai Akhbar Sekretariat Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi, Liu Sijia berkata bahawa China mempunyai banyak pengalaman dan praktik dalam pemeliharaan biodiversiti yang boleh ditimba masyarakat antarabangsa.

Menurut beliau, China juga merupakan sokongan kuat dalam usaha melindungi biodiversiti serta alam sekitar ekologi sedunia, dan pihaknya menanti-nantikan perkongsian pengalaman dan pertukaran pendapat dalam sektor itu dapat dilaksanakan pada COP15 kali ini.

Perwakilan Pejabat Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB di China, Carlos Watson pula memberitahu bahawa usaha dan pencapaian China dalam pemuliharaan alam sekitar dan pemeliharaan biodiversiti telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau menambah, syarikat-syarikat China dan pertubuhan kalangan rakyat juga secara aktif melibatkan diri dalam pemeliharaan biodiversiti.

覃淼