"Tribunal Khas Uygur", Pembikin Bohongan

2021-10-13 14:00:07  CRI
Share with:

Apa yang disebut "Tribunal Khas Uygur" adalah pembikin bohongan belaka.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam, susulan terdedahnya bayaran kehadiran untuk apa yang disebut "saksi" dalam tribunal terbabit melalui laporan media sosial di seberang laut baru-baru ini.

Dimaklumkan, antara bayaran bernilai GBP100,700 (RM570,063), nisbah yang terbesar iaitu GBP43,000 (RM 243,423) dibayar kepada seorang saksi yang bernama keluarga Wang yang pernah menyebar luas maklumat palsu tentang Xinjiang dalam jumlah yang besar, dengan menggunakan identiti palsunya sebagai "bekas anggota polis yang ditugaskan menyiasat kegiatan pemisahan di Xinjiang". Justeru orang itu kemudian muncul dalam liputan CNN, dengan identitinya sebagai orang yang bernama keluarga Jiang. CNN pun mengakui tidak dapat 'mengesahkan kesahihan ucapannya secara sepihak'. Pembohongan orang itu telah didedahkan jurucakap kerajaan Xinjiang dalam sidang taklimat kelmarin.

Zhao Lijian berkata, apa yang disebut "Tribunal Khas Uygur" tajaan Kongres Uygur Dunia (WUC) yang tersenarai sebagai kumpulan pengganas dan pemisah, sebenarnya merupakan peralatan segelintir anasir anti-China untuk melakukan penipuan, kerana ia sama sekali tidak mempunyai baik mandat perundangan mahupun kebolehpercayaan umum.

高蕾