Taiwan Tidak Layak Anggotai PBB

2021-10-13 14:14:14  CRI
Share with:

Di dunia ini hanya terdapat satu negara China sahaja, dan Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Kerajaan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan yang sah yang mewakili seluruh negara China. Kesemua ini juga fakta asas yang diiktiraf umum dalam masyarakat antarabangsa. Demikian ditegaskan jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media petang semalam.

Ada wartawan bertanya bahawa mereka mendapati seseorang ahli politik Taiwan mengirim artikel kepada media asing untuk memutarbelitkan Resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan menyatakan bahawa "keputusan tentang hak wakil Taiwan bahkan perkataan 'Taiwan' tidak terkandung dalam Resolusi itu".

Sehubungan itu Zhao menekankan bahawa PBB adalah pertubuhan antarabangsa antara kerajaan yang ditubuhkan oleh negara-negara yang berdaulat. Resolusi 2758 yang diluluskan pada tahun 1971 sudah membuat keputusan tentang hak wakil China di PBB. Pelbagai agensi khas dalam sistem PBB dan Sekretariat PBB sepatutnya berpandukan Resolusi itu mentaati prinsip 'Satu China' ketika menangani sebarang urusan melibatkan Taiwan. Sebagai sebahagian wilayah China, Taiwan sama sekali tidak layak menganggotai PBB.

Resolusi 2758 menggambarkan fakta undang-undang yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, dan mustahil disangkal atau dimutarbelitkan oleh pihak berkuasa Taiwan atau sesiapa pun.

曹捷