Sekumpulan Vaksin COVID-19 Bantuan China Tiba di Yangon

2021-10-14 14:26:33  CRI
Share with:

Sekumpulan Vaksin COVID-19 Bantuan China Tiba di Yangon_fororder_1634137612552_903_1080x608

Sekumpulan vaksin COVID-19 lagi yang disumbangkan kerajaan China kepada Myanmar telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon semalam dan sebahagian lagi akan dihantarkan hari ini.

Duta Besar China ke Myanmar, Chen Hai dan Menteri Kesihatan Myanmar, Thet Khaing Win telah menghadiri majlis penyerahan vaksin secara maya.

Thet Khaing Win menyatakan bahawa menurut rancangan vaksinasi negara Myanmar, vaksin buatan Sinovac Biotech Ltd China yang disumbangkan kerajaan China kali ini akan digunakan untuk golongan pelajar berumur 12 tahun ke atas supaya mereka boleh mendapat perlindungan ketika persekolahan pulih pada semester baharu.

Menurut data terkini yang diumumkan Kementerian Kesihatan Myanmar, setakat semalam, lebih 10 juta penduduk Myanmar telah menerima suntikan vaksin, dan bilangan yang menerima suntikan vaksin sekurang-kurang satu dos menempati 19.2% keseluruhan populasi negara itu.

曹捷