Vaksin Bantuan China Kumpulan Keenam Tiba di Vientiane

2021-10-14 14:38:41  CRI
Share with:

Vaksin Bantuan China Kumpulan Keenam Tiba di Vientiane_fororder_lw

Vaksin COVID-19 bantuan kerajaan China kumpulan keenam yang berjumlah sejuta dos telah diangkut ke Lapangan Terbangan Antarabangsa Wattay Vientiane, Laos semalam.

Vaksin Bantuan China Kumpulan Keenam Tiba di Vientiane_fororder_lw2

Duta Besar China ke Laos, Jiang Zaidong berkata, China bersedia mengutamakan Laos dalam kempen bantuan membendung wabak, dan berusaha menyediakan vaksin percuma sebanyak 6.8 juta dos kepada Laos dalam tempoh tahun ini, supaya matlamat pemvaksinan kebangsaan 2021 dapat tercapai di Laos, negara yang sama berada dalam komuniti berkongsi nasib.

Naib Perdana Menteri Laos, Kikeo Khaykhamphithoune berkata, Parti, kerajaan dan rakyat Laos mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada China atas bantuan vaksin yang dihulurkan tepat pada waktunya yang dilihat sebagai sokongan teguh.

Vaksin Bantuan China Kumpulan Keenam Tiba di Vientiane_fororder_lw3

 

高蕾