Putin: China, Rakan Paling Boleh Dipercayai bagi Rusia

2021-10-14 12:51:07  CRI
Share with:

China adalah rakan strategik komprehensif yang paling boleh dipercayai bagi Rusia. Kedua-dua pihak mengekalkan kerjasama yang dinamik dan kondusif dalam pelbagai bidang.

Demikian dinyatakan Presiden Rusia, Vladimir Putin ketika menghadiri sidang pleno Forum Bertemakan Tenaga Baharu Rusia yang diadakan semalam.

Menurut beliau, perdagangan kedua-dua negara menunjukkan pertumbuhan di sebalik penularan pandemik COVID-19. Contohnya, dalam projek kerjasama gas asli cecair antara Syarikat Novatek Rusia dengan China, Rusia mampu membekalkan 38 bilion meter kubik gas asli kepada China pada setiap tahun.

高蕾