Pertemuan Wang Yi dengan Menteri Maritim dan Pelaburan Indonesia

2021-10-15 14:00:06  CRI
Share with:

China dan Indonesia diharap berpandukan persepakatan yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, memanfaatkan mekanisme dialog peringkat tinggi, memacu pertukaran dengan mengutamakan 'empat penggerak' dalam bidang politik, ekonomi, sosiobudaya dan maritim, agar mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif China-Indonesia berkembang di landasan yang menuju ke arah Komuniti Berkongsi Nasib.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika bermesyuarat secara maya dengan Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Indonesia, Luhut Binsar Pandjaitan semalam.

Menurut beliau, China bersedia memperdalam kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan Indonesia supaya dapat membuahkan lebih banyak hasilan dalam pelaksanaan projek-projek di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Lalauan (BRI) seperti Kereta Api Laju Jakarta-Bandung, Koridor Ekonomi Komprehensif Serantau, dan Taman Industri Kembar di negara masing-masing. Sementara itu, China mementingkan kerjasama dengan Indonesia dalam bidang infrastruktur, industri digital, 5G dan ekonomi hijau, dan menggalakkan perusahaan China melibatkan diri dalam kempen industrialisasi di Indonesia di samping menambah akses produk Indonesia ke pasaran China.

Luhut berkata, Indonesia mengekalkan pelaksanaan dasar persahabatan dengan China, bersetuju mengamalkan konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, dan menanti-nantikan peningkatan kerjasama bilateral dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran vaksin COVID-19 serta kemajuan yang akan dicapai kedua-dua pihak sepanjang pelaksanaan projek BRI.

高蕾