Tugasan Baharu Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-13

2021-10-15 17:28:13  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1127956976_16341951547711n

Sidang akhbar tentang misi penerbangaan pembawa angkasawan Shenzhou-13 telah diadakan di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan petang semalam.

Jurucakap penerangan Projek Angkasa Lepas Pembawa Angkasawan China, Lin Xiqiang menyatakan kapal angkasa lepas Shenzhou-13 yang dinaiki angkasawan Zhai Zhigang, Wang Yaping (wanita) dan Ye Guangfu dirancang dilancarkan pada 0:23 pagi esok waktu Beijing.

Berbanding dengan Shenzhou-12, Shenzhou-13 yang segera akan dilancarkan ini mempunyai beberapa tugasan yang berbeza, misalnya menghampiri stesen angkasa lepas mengikut 'radial direction' dan menggunakan cara penyambungan yang pantas dan automatik, menjadikan gabungan empat bahagian termasuk sebuah kabin teras, dua kapal angkasa kargo dan sebuah kapal pembawa angkasawan beroperasi serentak, tiga angkasawan tersebut akan mencipta rekod baharu China tentang masa tinggal di stesen angkasa lepas, iaitu selama 6 bulan, dan angkasawan wanita China yang buat julung-julung kalinya dihantar ke stesen angkasa lepas bakal melakukan aktiviti luar kenderaan (EVA).

Dimaklumkan lagi, banyak ujian dan eksperimen sains teknologi akan dijalankan dengan selanjutnya oleh tiga angkasawan tersebut dalam pelaksanaan misi kali ini.

张宪