Xi Jinping:Kembangkan Demokrasi Rakyat Sepanjang Proses

2021-10-15 13:41:24  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menekankan bahawa sistem Kongres Rakyat adalah sistem yang baik yang bersesuaian dengan keadaan sebenar negara China, boleh menggambarkan sifat negara sosialis, memastikan rakyat memainkan peranan sebagai tuan negara dan menyediakan jaminan yang kuat dalam memperjuangkan sasaran kebangkitan semula bangsa China. Sebagai ciptaan mulia Parti Komunis China (PKC) yang memimpin rakyat melakar sejarah sistem politik umat manusia, sistem Kongres Rakyat merupakan yang serba baharu dan bermakna besar dalam sejarah perkembangan politik China bahkan dunia.

Xi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC yang juga Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China ketika menghadiri mesyuarat mengenai kerja Kongres Rakyat yang diadakan di Beijing pada 13 dan 14 Oktober menekankan, amalan sosialisme bercirikan China sebagai jalan pembanguanan politik akan dikekalkan, sedangkan sistem Kongres Rakyat akan terus berkuatkuasa dan semakin disempurnakan. Dalam pada itu, hendaklah mengembangkan demokrasi rakyat sepanjang proses  demi memperkukuh dan membangunkan landskap politik dalam suasana yang hidup, rancak, sentosa dan bersatu-padu.    

曹捷