China Berjaya Lancarkan Satelit Penerokaan Solar Pertama

2021-10-15 16:08:23  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan satelit penerokaan solar pertamanya ke angkasa lepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan, Provinsi Shaanxi China pada pukul 6.51 petang Khamis. 

Satelit yang dinamakan "Xihe" itu memasuki orbit yang disasarkan dengan menggunakan roket pembawa Long March-2D.

Sebagai satelit ujian sains dan teknologi, "Xihe" dijadual beroperasi pada  orbit segerak matahari sejauh 517 kilometer dari permukaan Bumi dan melakukan pencerapan terhadap matahari 24 jam sehari. Satelit itu juga akan menjalankan pengimejan spektrum solar Hα. 

Difahamkan, pelancaran satelit ini akan meningkatkan keupayaan penyelidikan China dalam bidang fizik solar, dan kondusif dalam mengeksplorasi ruang angkasa dan membangunkan teknologi satelit bagi negara ini.

Selain itu, sepuluh satelit kecil termasuk satelit eksperimen pengesanan ketumpatan atmosfera orbit dan satelit eksperimen konstelasi pengesanan meteorologi komersial juga dihantar ke angkasa lepas dengan menggunakan roket pembawa yang sama.  

Ini adalah misi penerbangan ke-391 bagi siri roket pembawa Long March.

胡星