Persidangan COP15 Capai Hasil Memuaskan

2021-10-16 15:11:23  CRI
Share with:

Pengerusi Persidangan ke-15 Pihak-pihak Pemeterai Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) yang juga Menteri Ekologi dan Persekitaran China, Huang Runqiu menyatakan persidangan kali ini diharap boleh mendorong pembentukan “rangka kepelbagaian biologi global pasca 2020”. Melalui usaha bersama pelbagai pihak, semua tugasan dalam rancangan persidangan fasa pertama COP15 telah mencapai hasil yang memuaskan.

Untuk rekod, mesyuarakat peringkat tinggi COP15 telah meluluskan “Deklarasi Kunming”, sedangkan Forum Tamadun Ekologi COP15 juga mengemukakan inisiatif untuk melindungi kepelbagaian biologi dan membina tamadun ekologi global. Kesemua ini dianggap memberi asas kukuh dan konsensus bagi pembentukan “rangka kepelbagaian biologi gobal pasca 2020” yang bakal dibuat pada persidangan fasa kedua tahun depan.

张宪