Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-13 Berjaya Dilancarkan

2021-10-16 13:36:02  CRI
Share with:

Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-13 Berjaya Dilancarkan_fororder_1127963015_16343155816671n

Pada pukul 0.23 pagi tadi waktu Beijing, roket pengangkut Long March-5F Yao-13 yang menangkut kapal angkasa lepas bermanusia Shenzhou-13 dilancarkan dari pusat pelancaran satlit Jiuquan menurut waktu yang dijadualkan. Kira-kira 582 saat selepas itu, Shenzhou-13 berpisah dengan roket dan memasuki orbit yang disasarkan. Ini menandakan tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu dihantarkan ke ruang angkasa dengan berjaya.

Ini adalah misi ke-21 sepanjang pelaksanaan projek penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China, dan juga misi kedua penerbangan bermanusia setelah pelaksanaan projek itu memasuki satu fasa baharu yang mengutamakan stesen angkasa.

Kapal Angkasa Lepas Shenzhou-13 Berjaya Dilancarkan_fororder_1127964078_16343543286151n

Menurut prosedur yang dijadualkan, kapal angkasa lepas Shenzhou-13 telah menyelesaikan penyambungan automatik yang cepat dengan cantuman yang terdiri daripada modul teras stesen angkasa“Tianhe” dan kapal angkasa kargo Tianzhou-2 dan Tianzhou-3.

Selepas pelbagai kerja yang terlibat diselesaikan, angkasawan Zhai Zhigang membuka pintu Tianhe pada pukul 9.58 pagi tadi, dan ketiga-tiga angkawasan memasuki modul itu untuk memulakan misi tinggal di sana selama enam bulan untuk menjalankan kerja termasuk mengoperasi manipulator, aktiviti berjalan ke luar modul,  pemindahan kabin serta menguji sejumlah teknologi yang penting.

曹捷