Pamerkan Kebudayaan Tradisional Melalui Kaji Purba Bercirikan China

2021-10-17 15:10:37  CRI
Share with:

Sempena peringatan ulang tahun ke-100 terjumpanya Tapak Budaya Yangshao dan kelahiran kaji purba China zaman moden, Presiden Xi Jinping telah mengutus kawat tahniah untuk menyampaikan salam tulus ikhlas kepada ahli arkeologi.

Xi berharap ahli arkeologi memikul tanggungjawab sejarah, menyemarakkan tradisi bersungguh-sungguh mengejar kebenaran, bertungkus-lumus memberikan sumbangan dalam usaha membangunkan kaji purba yang bercirikan dan bergayakan China, agar mempamerkan dan menyebarkan kebudayaan tradisonal Cina serta menyumbang kepada usaha memperjuangkan impian pembangkitan semula bangsa Cina.

Upacara peringatan ulang tahun ke-100 terjumpanya Tapak Budaya Yangshao dan kelahiran arkeologi China zaman moden telah dirasmikan di Sanmenxia, provinsi Henan hari ini.

高蕾