Deklarasi Beijing bagi Persidangan Pengangkutan Global

2021-10-17 15:49:14  CRI
Share with:

Deklarasi Beijing bagi Persidangan Pengangkutan Global_fororder_gg

Persidangan Pengangkutan Sustainable Global PBB ke-2 telah berakhir di Beijing malam semalam. Deklarasi Beijing, hasil persidangan kali ini turut diterbitkan dalam laman sesawang rasmi pada hari yang sama.

Deklarasi Beijing memperkenalkan peri pentingnya pengangkutan sustainable, menerangkan transformasi pengangkutan merupakan langkah penting bagi mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, menunjukkan teknologi baharu adalah kunci dalam menyahut banyak cabaran, menggalakkan kerjasama antarabangsa, pembinaan keupayaan dan pertukaran pengetahuan, mendorong pembangunan dan inovasi teknologi, mempergiat pembinaan sistem pengangkutan sustainable dan infrastruktur di desa, kawasan terpencil dan negara tertentu di samping mengintensifkan keselamatan lalu lintas global, keupayaan mengatasi krisis dan pencegahan serta kawalan pandemik.

Seterusnya, pelbagai pihak disaran memasukkan matlamat pengangkutan sustainable dalam rancangan pembangunan negara masing-masing supaya agenda pembangunan berterusan 2030 PBB dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

 Selain itu, Deklarasi tersebut juga menghargai sumbangan China yang sudi menganjurkan persidangan kali ini, mengalu-alukan China yang bersiap menubuhkan satu pusat inovasi dan ilmu dalam bidang pengangkutan sustainable antarabangsa.

Persidangan berlangsung selama tiga hari ini diadakan secara hibrid, dengan melibatkan 14 aktiviti termasuk mesyuarat, forum peringkat menteri, mesyuarat bertema, forum inovasi sains dan teknologi dan forum usahawan. Lebih 130 orang Menteri, wakil usahawan, pegawai pertubuhan antarabangsa telah mengadakan perbincangan mengenai bidang kehidupan rakyat, pembangunan hijau, pembangunan keselamatan, kesalinghubungan, menangkis pandemik dan pemulihan ekonomi.

曹捷