MIIT: 5G+ Internet Perindustrian Berkembang Pesat di China

2021-10-19 16:05:35  CRI
Share with:

China akan menggalakkan transformasi pendigitalan dan kepintaran ekonomi sebenar serta menggalakkan perkembangan 5G+perindustrian .

Demikian dinyatakan Ketua Jurutera Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat(MIIT), Han Xia dalam sidang akhbar Persidangan 5G+ Internet Perindustrian China 2021 yang diadakan pada petang Isnin lalu.

Menurut beliau,  5G+internet perindustrian telah menjadi salah satu sektor yang mencuri perhatian ramai dengan menyaksikan inovasi paling aktif dan hasil yang paling berkesan dalam pembangunan rangkaian 5G dan internet perindustrian.

China telah selesai membina rangkaian 5G yang berskala terbesar di dunia dengan jumlah stesen pangkalan melebihi sejuta pada masa ini.  Sementara itu, lebih 100 platform internet perindustrian yang berprestasi diwujudkan di negara ini.

Para peserta akan menumpukan kepada aplikasi tipikal dalam industri utama, persepaduan dan inovasi, teknologi kunci dan lain-lain dalam Persidangan  5G+Internet Perindustrian China 2021 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 November nanti.

胡星