Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan

2021-10-19 11:36:17  CRI
Share with:

Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan_fororder_20201019o1131

Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan_fororder_20201019o11312

Upacara penyalaan obor Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berlangsung di tapak kuno Olympia di Peloponissos, Greece pada Isnin.

Pelakon Greece, Xanthi Georgiou yang membawa watak paderi wanita tertinggi menyalakan api dengan cahaya matahari menerusi cermin cekung di depan tapak Kuil Heraion yang bersejarah lebih 2,000 tahun.

Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan_fororder_20201019o11314

Upacara itu diserikan dengan kehadiran Presiden Greece, Katerina Sakellaropoulou, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Yu Zaiqing.

Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan_fororder_20201019o11316

Api Olimpik tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada hari ini untuk diterbangkan ke China.

Obor Olimpik Musim Sejuk Beijing Dinyalakan_fororder_20201019o11317

张哲