Pencapaian Signifikan China Dalam Pembangunan Hak Asasi Manusia

2021-10-19 15:09:53  CRI
Share with:

China menyaksikan pencapaian signifikan dalam membangunkan hak asai manusia, sekali gus menyumbang kepada pembangunan has asasi manusia sedunia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing Isnin lalu.

"Jabatan Penerangan Dewan Negara China pernah menerbitkan kertas putih mengenai keadaan hak asasi manusia di China pada 30 tahun yang lalu. Ini merupakan julung kalinya negara ini mengumumkan dokumen rasmi mengenai hak asasi manusia  kepada dunia.

"Kertas putih tersebut menerangkan pendirian asas dan pandangan China mengenai isu terbabit, berkongsi fakta rakyat China yang menikmati hak asasi secara sepenuhnya.  Ini merupakan satu peristiwa penting dalam pembangunan hak asasi manusia di negara ini," kata Zhao. 

Beliau menambah, kadar kepuasan rakyat terhadap kerajaan melebihi 90% di China. Ini adalah tindak balas yang paling kuat terhadap mereka yang ingin mencemarkan imej China dengan isu hak asasi manusia.   

China sentiasa menunaikan tanggungjawab hak asasi manusia antarabangsa, mengadakan komunikasi dan kerjasama serta mengambil bahagian dalam tadbir urus hak asasi manusia antarabangsa.

Sementara itu, China juga menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan menyumbang  kebijaksanaan dan pelan China bagi kepelbagaian tamadun hak asasi manusia di dunia. 

Baru-baru ini, simposium memperingati ulang tahun ke-30 penerbitan kertas putih “Keadaan Hak Asasi Manusia China” diadakan di Beijing. Para peserta mengadakan perbincangan tentang makna yang dibawa penerbitan kertas putih itu, kemajuan China dalam usaha membangunkan hak asasi manusia dan lain-lain.

胡星