China Bantah Keras Fumio Kishida Membuat Persembahan Ritual ke Yasukuni Jinja

2021-10-19 12:38:41  CRI
Share with:

China membantah keras Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida membuat persembahan ritual ke Yasukuni Jinja.

Menurut jurucakap Kementeri Luar China, Zhao Lijian, tindakan ini sekali lagi menunjukkan sikap salah pihak Jepun terhadap sejarah pencerobohan.

Zhao menyatakan bahawa Yasukuni Jinja adalah alat rohani dan simbol militerisme Jepun dalam mencetuskan perang pencerobohan luar. Seramai 14 banduan perang peringkat A Perang Dunia II Jepun yang pernah melakukan jenayah keji dikeramatkan di tapak tersebut.

Jepun digesa bersungguh-sungguh mengotakan janjinya, melihat fakta sejarah dengan tepat dan mengambil iktibar sejarah pencerobohan, di samping berhati-hati dalam kenyataan dan perbuatannya mengenai isu-isu sejarah yang melibatkan isu Yasukuni Jinja, menolak amalan militerisme secara keseluruhan, selain mengambil tindakan praktikal untuk memenangi kepercayaan negara jiran Asia dan masyarakat antarabangsa.

覃淼