Komen Pemimpin AS Tentang Xinjiang Adalah Konspirasi Politik

2021-10-19 15:11:51  CRI
Share with:

Komen Pemimpin AS Tentang Xinjiang Adalah Konspirasi Politik_fororder_bantah

Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai rekod hak asasi manusia yang buruk tidak layak untuk menjadi "pembela hak asasi manusia".

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam ketika menjawab soalan mengenai komen presiden AS, Joe Biden tentang isu Xinjiang.

“Tindakan mengheboh-hebohkan 'isu hak asasi manusia Xinjiang' merupakan konspirasi politik dengan niat untuk menjejaskan kemakmuran dan kestabilan Xinjiang, serta menyekat pembangunan China,” kata Zhao.

“Kestabilan sosial, pembangunan ekonomi, perpaduan etnik dan keharmonian agama telah diwujudkan di Xinjiang. Penduduk tempatan dari semua etnik menikmati kehidupan bahagia dengan hak sah mereka terjamin sepenuhnya,” katanya.

Zhao menyatakan bahawa apa yang disebut "penindasan" dan "kerja paksa" di kalangan rakyat Uygur di Xinjiang merupakan pembohongan sama sekali.

Beliau menambah, AS sentiasa menganggap sendiri sebagai pembela demokrasi dan hak asasi manusia, namun rekodnya amat buruk.

Lebih 700,000 warga AS telah meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 yang disebabkan respons lambat kerajaan negara itu. Di samping itu, AS  juga mencetuskan perang tanpa alasan yang meragut nyawa orang awam di negara lain, bahkan mengakibatkan malapetaka kemanusiaan dengan mengenakan sekatan secara sepihak, menurut Zhao.

“AS perlu melihat dengan tepat rekod hak asasi manusia sendiri yang buruk, menangani urusannya sendiri dengan baik, menghentikan tindakan mencampuri dalam urusan dalaman negara lain dan menjejaskan kepentingan  negara lain dengan alasan hak asasi manusia,” katanya.

胡星