China: Hentikan Hegemoni dengan Bertudung Demokrasi

2021-10-20 13:09:41  CRI
Share with:

Demokrasi bukanlah slogan atau dogma, dan tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk melalukan hegemoni.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang akhbar di Beijing Selesa lalu sebagai respons terhadap komen Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov terhadap "Sidang Kemuncak mengenai Demokrasi” yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat(AS).

Menurut Lavrov, Washington pasti akan memilih negara yang diiktirafnya sendiri sebagai negara demokratik, yang pada hakikatnya  "memisahkan masyarakat antarabangsa dengan persepktif berbaur mentaliti Perang Dingin". 

Wang bersetuju dengan komen Lavrov tersebut,  di samping menambah bahawa apa yang amat diperlukan oleh dunia sekarang bukanlah apa yang disebut "sidang kemuncak mengenai demokrasi" atau mewujudkan "persekutuan demokrasi", tetapi usaha meningkatkan koordinasi dan kerjasama global berasaskan norma hubungan antarabangsa yang termaktub dalam Piagam PBB.

"Tindakan menghasut kegiatan pemisahan dan konfrontasi dengan bertopengkan demokrasi adalah tindakan menghina dan mengkhianat semangat demokrasi. Ini hanya akan membawa pergolakan dan kekacauan di dunia dan menjejaskan keamanan dan pembangunan umat manusia, dan pasti megundang bantahan dan boikod masyarakat antarabangsa," kata Wang.  

胡星